
ANTHON'S CHOICE · FIBER
Bukan Semua
Serat Sama.
Serat yang berbeza mempunyai sifat dan fungsi yang berbeza.
Jadi, macam mana nak pilih serat yang sesuai?

Serat Pun Tak Semuanya Sama
Antara serat yang biasa digunakan dalam suplemen ialah psyllium husk, beta-glucan dan inulin.
Walaupun semuanya menyumbang kepada pengambilan serat, sifat dan kegunaannya berbeza.

Serat Larut Yang
Membentuk Gel
Psyllium menyerap air dan membentuk gel di dalam sistem penghadaman.
Sesuai untuk:
✓ Membantu pembuangan air besar
✓ Menambah pengambilan serat
✓ Membantu kawalan kolesterol
✓ Membantu mengurangkan kenaikan gula selepas makan

Serat Larut Untuk Kolesterol & Kesihatan Metabolik
Beta-glucan ialah serat larut yang banyak ditemui dalam oat dan barli.
Sesuai untuk:
✓ Membantu menurunkan kolesterol LDL
✓ Menyokong kesihatan jantung
✓ Membantu mengurangkan kenaikan gula selepas makan
✓ Menambah pengambilan serat harian

Serat Prebiotik Untuk Bakteria Usus
Inulin ialah serat prebiotik yang menjadi sumber makanan kepada bakteria tertentu dalam usus.
Sesuai untuk:
✓ Menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat
✓ Menyokong kesihatan gut microbiome
✓ Menambah pengambilan serat harian
✓ Sesuai jika fokus utama ialah kesihatan usus
Bagaimana dengan serat tidak larut?
Serat tidak larut banyak terdapat dalam makanan seperti whole grains, wheat bran, sayur-sayuran dan kekacang.
Ia membantu menambah bulk pada najis dan menyokong pembuangan air besar.
Macam Mana Saya Pilih Produk Serat?
Bila saya menilai sesuatu produk serat, saya tidak hanya tengok berapa gram “fiber” yang tertulis pada label.
Saya akan lihat jenis serat, jumlah yang diberikan, tujuan penggunaannya dan keseluruhan formulasi produk.
1
JENIS SERAT
Apakah jenis serat yang digunakan dan bagaimana ia berfungsi?
2
JUMLAH SERAT
Berapa banyak serat yang sebenarnya diperoleh dalam setiap hidangan?
3
TUJUAN PENGGUNAAN
Adakah fokusnya untuk pembuangan air besar, kolesterol, gula selepas makan atau kesihatan usus?
4
FORMULASI KESELURUHAN
Apa lagi yang terkandung dalam produk selain serat?
Jadi, Apa Yang Saya Cari Dalam Serat Untuk Kesihatan Metabolik?
Untuk pilihan ini, fokus saya bukan sekadar menambah pengambilan serat atau membantu pembuangan air besar.
Saya lebih berminat kepada serat yang mempunyai ciri yang sesuai untuk membantu mengurangkan kenaikan gula selepas makan, sambil memberi manfaat tambahan terhadap pengurusan kolesterol.
Sebab itu, jenis serat, sifat kelikatannya dan jumlah yang diambil menjadi perkara yang saya beri perhatian.
Jadi, Apa Pilihan Saya?

ANTHON'S CHOICE · FIBER
Smart Fibre for Rice
Kenapa saya pilih produk ini?
Untuk kesihatan metabolik, saya mencari serat yang bukan sekadar menambah pengambilan serat harian.
Saya juga melihat bagaimana serat itu boleh digunakan secara praktikal bersama pemakanan harian, terutama apabila melibatkan makanan berkarbohidrat.
Prof. Slow membekalkan 8.8g serat dalam setiap hidangan 10g, dengan resistant dextrin sebagai bahan utamanya, bersama campuran bahan berasaskan tumbuhan.
✓ 8.8g serat dalam setiap hidangan 10g
✓ Resistant dextrin sebagai sumber serat utama
✓ Praktikal digunakan bersama makanan atau minuman
Apa Yang Menarik Tentang Prof. Slow?
38%
GI lebih rendah
Dalam ujian yang dilaporkan, penggunaan 10g Prof. Slow bersama 50g beras putih
menghasilkan nasi dengan indeks glisemik yang 38% lebih rendah
berbanding nasi putih tanpa Prof. Slow.
*Keputusan ini adalah berdasarkan kaedah penyediaan dan keadaan ujian yang dilaporkan. Kesan sebenar boleh berbeza mengikut jenis makanan, kuantiti dan individu.
Macam Mana Nak Gunakan?
Untuk nasi: Campurkan 10g Prof. Slow bersama 50g beras putih sebelum dimasak.
Prof. Slow juga boleh digunakan bersama makanan atau dicampurkan ke dalam minuman.
Nak Cuba Prof. Slow?
Jika anda sedang mencari cara yang lebih praktikal untuk menambah serat dalam pemakanan harian,
Prof. Slow adalah salah satu pilihan yang saya pilih untuk Anthon's Choice.
Pilih kuantiti yang sesuai dengan keperluan anda.
⭐ PILIHAN UTAMA
3 tubs
900g
±90 hidangan
RM207.00
RM69.00/ tub
Jimat RM32.70
✓ Lebih berbaloi
✓ Bekalan lebih lama
Standard delivery: RM10 per order.